Polis Filipina serbu Pusat Islamik

Polis Filipina serbu Pusat Islamik

MANILA, 8 Jan – Polis Filipina menyerbu sebuah Pusat Islamik di Manila dan menahan beberapa orang sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan sebelum festival besar penganut Katolik, menurut jurucakap wanita hari ini.

Dua lelaki berkenaan telah ditangkap kerana terlibat dengan dadah semasa serbuan di Pusat Islam di bandar Manila kelmarin, ketika pihak berkuasa memberi amaran kemungkinan serangan daripada militan Islam menjelang Pesta Black Nazarene pada Isnin.

“Ini adalah sebahagian daripada persediaan langkah keselamatan bagi Pesta Black Nazarene,” kata Ketua Inspektor Marissa Bruno, jurucakap wanita bagi polis Manila, memberitahu AFP.

Menurutnya seramai 82 orang di pusat itu telah dibawa ke balai polis namun mereka dibebaskan selepas ia mendapati mereka tiada waran dikemukakan.

Bruno menafikan polis telah menyasarkan Pusat Islamik, yang termasuk sebuah masjid, berkata bahagian lain di bandar itu juga disasarkan dalam operasi polis.

Pihak berkuasa telah meningkatkan langkah kewaspadaan bagi kemungkinan berlakunya serangan daripada militan Islam untuk mengganggu acara Black Nazarene, yang dijangka akan menarik jutaan rakyat Filipina. – AFP