Polis Florida tembak pemain drum popular

Polis Florida tembak pemain drum popular

MIAMI, 21 Okt – Seorang pegawai polis Florida menembak mati seorang pemain drum popular hujung minggu lalu, dengan pegawai tempatan mendakwa lelaki berkenaan bersenjatakan senapang yang telah dibelinya beberapa hari sebelum itu.

Corey Jones, seorang pemuzik gereja, terbunuh di Palm Beach Gardens pada awal pagi Ahad selepas keretanya rosak di lebuh raya.

Kejadian itu mencetuskan bantahan di tengah tumpuan yang meningkat pada kejadian tembakan polis, terutamanya warga Afrika Amerika.

Kebanyakannya telah membabitkan lelaki kulit hitam tanpa senjata, namun Jones mempunyai senapang patah yang dibeli secara sah.

Jabatan Polis Palm Beach Gardens telah memberi petunjuk pegawai tersebut, Nouman Raja, sedang berpakaian biasa dan memandu sebuah kenderaan polis apabila kejadian berkenaan berlaku pada kira-kira jam 3:15 pagi.

Raja, yang sedang bekerja sebagai sebahagian daripada siasatan terperinci dalam beberapa siri rompakan di bandar, meletakkan kereta di tepi jalan raya apabila dia ternampak kereta Jones, percaya ia telah ditinggalkan, menurut polis.

“Ketika pegawai itu keluar daripada keretanya, beliau secara tiba-tiba berdepan dengan seorang tersangka bersenjata,” beritahu Ketua Polis Palm Beach Gardens Stephen Stepp kepada wartawan.

“Hasil konfrontasi itu, pegawai berkenaan melepaskan tembakan daripada senjatanya, membawa kepada kematian Corey Jones.”

Stepp berkata sepucuk senapang patah ditemui di luar kereta Jones, bersama kotak senjata tersebut ketika ia dibeli. – AFP