Polis gagal tangkap sami terkenal Thailand

Polis gagal tangkap sami terkenal Thailand

BANGKOK, 16 Jun (AP) – Polis Thailand telah menyerbu sebuah kompleks kuil Buddha hari ini untuk menangkap seorang sami terkenal yang dituduh menggelapkan wang AS$40 juta namun digagalkan oleh ribuan pengikutnya yang mengatakan dia terlalu uzur untuk ditahan di penjara.

Operasi berlaku di Wat Dhammakaya, sebuah biara di utara Bangkok yang dikenali sebagai salah satu yang terkaya di Thailand, bermula jam 5 pagi dan disiarkan secara langsung dalam televisyen yang menunjukkan ketegangan dramatik sebulan lamanya. Namun beberapa jam kemudian polis tidak dapat menangkap sami Phra Dhammachayo selepas mencari di semua tempat dalam kompleks itu kecuali satu tempat.

“Ia adalah kawasan terakhir yang kami tidak memasukinya kerana para pengikut tidak membenarkan kami masuk,” kata Mejar polis Suriya Singhakamol, timbalan ketua Jabatan Siasatan Khas.

Kes Dhammachayo telah menarik perhatian negara itu dengan konflik berbelit-belit antara undang-undang dan agama. Beberapa skandal dalam tahun-tahun kebelakangan telah mendedahkan bayangan berhubung golongan paderi di Thailand.

Dhammachayo dituduh mela-burkan wang dan berkaitan dengan menggelapkan 1.4 bilion baht (AS$40 juta) dari kesatuan kredit yang tidak lagi berfungsi. Dia telah megurungkan dirinya di dalam kuil, tidak mempedulikan tiga arahan polis dan waran tangkap. Dia juga mengelak penangkapan selama dua bulan, mendakwa dia terlalu uzur untuk membuat laporan kepada polis bagi siasatan.

ARTIKEL YANG SAMA