Polis Greece mula memindahkan penghijrah dari sempadan

Polis Greece mula memindahkan penghijrah dari sempadan

ATHENS, 23 Feb (Reuters) – Polis Greece mula memindahkan penghijrah yang kini berada di sempadan Greece-Macedonia hari ini selepas sekatan laluan tambahan yang dikenakan oleh pihak berkuasa Macedonia menyebabkan ratusan terkandas, menurut sumber-sumber.

Para penghijrah bertinggung pada landasan kereta api di kawasan Idomeni selepas cuba untuk merentas sempada ke Macedonia, berang akibat kelewatan dan sekatan-sekatan tambahan dalam penyeberangan.

Polis Greece dan bas-bas kosong memasuki kawasan itu sebelum subuh, menurut seorang saksi Reuters. Dalam satu kawasan dilihat dari bahagian sempadan Macedonia, kira-kira 600 orang telah dikepung oleh polis Greece, kata seorang saksi.

Kira-kira 1,200 orang dianggarkan berada di Idomeni, yang kebanyakannya warga Afghanistan atau orang perseorangan tanpa dokumen perjalanan yang betul. Huru-hara mula berlaku di sana kelmarin selepas pihak-pihak berkuasa Macedonia menuntut bagi dokumen perjalanan tambahan, termasuk pasport-pasport, bagi orang yang hendak memasuki kawasan mereka.

Penghijrah dari Afghanistan beristeri rehat di kawasan lapang sempadan Greece-Macedonia. - Reuters
Penghijrah dari Afghanistan beristeri rehat di kawasan lapang sempadan Greece-Macedonia. – Reuters

Beberapa negara yang digunakan oleh penghijrah sebagai persinggahan untuk menuju ke negara Eropah utara yang kaya sedang mengenakan sekatan-sekatan pada laluan mereka, menggesa negara yang juga dalam laluan untuk mengenakan sekatan-sekatan yang sama kerana takut akan kesesakan dalam negara mereka sendiri.

Namun terdapat beberapa kebimbangan apa yang bakal berlaku di Greece, di mana kemasukan terus tanpa henti-henti ke pulau-pulau mereka hari-hari dari Turki. Pada pagi ini sahaja, sejumlah 1,250 penghijrah tiba di Athens menggunakan feri dari tiga pulau Greece.

Beberapa mereka mempunyai tiket bas ke Idomeni, namun ia tidak jelas jika mereka dibenarkan untuk membuat perjalanan ke utara dari Athens.