Polis India selamat lebih 6,000 kura-kura

Polis India selamat lebih 6,000 kura-kura

NEW DELHI, 11 Jan – Polis India berkata hari ini mereka telah menemui lebih 6,000 kura-kura air tawar dengan beratnya lebih empat tan daripada seorang pemburu haram yang merancang untuk menyeludupnya ke Asia Tenggara, dalam rampasan hidupan liar terbesar di negara itu. Sebanyak 6,430 kura-kura flapshell telah ditemui dimasukkan dalam 140 beg jut di utara negeri Uttar Pradesh kelmarin.

“Pihak berkuasa hidupan liar mengesahkan yang ia adalah rampasan terbesar dalam sejarah hidupan liar negara itu, kedua-duanya dalam terma jumlah dan berat – 4.4 tan,” ketua Pasukan Petugas Khas negeri itu, Arvind Chaturvedi yang menyelamatkan kura-kura tersebut memberitahu AFP.

Kura-kura flapshell India bukanlah sesuatu yang luar biasa namun satu spesies yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar.

Chaturvedi berkata polis telah menangkap ‘ketua’ dan akan membuat penangkapan selanjutnya.

Katanya, pemburu haram telah memenuhi separuh trak itu dengan kura-kura untuk membawanya ke timur bandar Kolkata, dari tempat ia akan dihantar secara haram ke China, Hong Kong, Myanmar, Thailand, Singapura, Malaysia dan Bangladesh. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA