Polis India tahan lima berhubung jejambat runtuh

Polis India tahan lima berhubung jejambat runtuh

KOLKATA, 1 April (AFP) – Polis India mengatakan hari ini yang mereka telah menahan lima kakitangan syarikat pembinaan jejambat yang runtuh, yang meragut jiwa sekitar 25 orang, ketika harapan bertukar hampa untuk mencari mangsa yang terselamat.

Pekerja kecemasan menggunakan peralatan pakar yang telah menarik keluar hampir 100 orang yang masih hidup daripada bidur konkrit besar dan galang besi yang jatuh ke jalan sibuk di bandar timur Kolkata, kelmarin, menghempap kereta dan pejalan kaki.

Hari ini mereka mengatakan terdapat sedikit harapan mencari lebih banyak mangsa yang terselamat di bawah runtuhan jejambat, yang dalam pembinaan sejak 2009.

“Operasi menyelamat tidak akan dihentikan sehingga semua blok konkrit dan galang besi siap dilapangkan,” kata timbalan pesuruhjaya polis Akhilesh Chaturvedi ketika dia mengumumkan jumlahnya telah meningkat kepada 25 orang.

K P. Rao (kiri), seorang pegawai kanan syarikat pembinaan IVRCL, India dan P Sita, ketua pasukan perundangan syarikat pembinaan itu ketika mengadakan sidang akhbar di pejabat IVRCL di Hyderabad pada 1 April. – AFP
K P. Rao (kiri), seorang pegawai kanan syarikat pembinaan IVRCL, India dan P Sita, ketua pasukan perundangan syarikat pembinaan itu ketika mengadakan sidang akhbar di pejabat IVRCL di Hyderabad pada 1 April. – AFP

“Hampir 300 penyelamat, termasuk tentera dan kakitangan pengurusan bencana, sedang bekerja 24 jam untuk membersihkan runtuhan.

Polis mengatakan mereka telah menahan lima pekerja IVRCL, kontraktor di sebalik projek pembinaan itu, yang menafikan bertanggungjawab ke atas bencana di bandar negeri Barat Bengal.

“Lima orang syarikat Hyderabad telah ditahan untuk disoal siasat,” kata timbalan pesuruhjaya polis Kolkata, Akhilesh Chaturvedi, merujuk kepada kontraktor itu.

Pegawai polis lain bercakap dengan merahsiakan identitinya mengatakan kelima-limanya ‘memegang jawatan senior dalam syarikat itu’.

Polis pada awalnya mengatakan mereka telah mendaftarkan kes homisid salah ke atas firma itu, yang pejabatnya di Kolkata telah ditutup oleh para penyiasat.