Polis India tahan ratusan pekerja

Polis India tahan ratusan pekerja

MUMBAI, 6 Okt – Polis India menahan dan menyoal lebih 750 pekerja pusat panggilan palsu dituduh mencuri jutaan dolar daripada warga Amerika Syarikat (AS) dengan menyamar sebagai pegawai cukai negara itu.

Kira-kira 200 pegawai polis India menyerbu tujuh premis yang menyamar sebagai pusat panggilan di ibu kota kewangan India di sini, dalam satu operasi besar-besaran semalam, selepas mendapat maklumat, kata seorang pegawai polis kanan. Polis percaya, penipu berjaya mengumpul kira-kira 10 juta rupee (AS$150,000) sehari. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA