Polis India tangkap doktor berkaitan ‘perdagangan organ’

Polis India tangkap doktor berkaitan ‘perdagangan organ’

MUMBAI, 10 Ogos – Polis India berkata hari ini mereka telah menangkap ketua sebuah hospital kelas tinggi di Mumbai dan empat doktor kerana disyaki terlibat dalam perdagangan haram organ.

Polis dilaporkan telah menghentikan prosedur pemindahan buah pinggang di hospital L H Hiranandani selepas menemui dokumen yang menunjukkan penderma telah berkahwin dengan penerima adalah palsu.

Mereka berkata wanita yang memberikan buah pinggangnya itu telah dibayar, menurut agensi berita Press Trust of India.

Organ-organ hanya boleh didermakan oleh ahli saudara atau daripada kelulusan bukan ahli saudara oleh komiti khas di India, dan membeli serta menjual organ tersebut adalah tidak sah.

“Kami telah menangkap ketua eksekutif hospital L H Hiranandani, Sujit Chatterjee, dan empat doktor,” kata jurucakap polis Mumbai, Ashok Dudhe.

Mereka telah ditahan reman sehingga Sabtu, tambahnya.

Ia bukan kes pertama kali seumpamanya – pada Jun polis India berkata mereka telah mendapati satu sindiket pendermaan organ haram di hospital terkemuka New Delhi.

Kes itu juga melibatkan dokumen palsu menunjukkan bahawa penderma dan penerima adalah berkaitan.

Kakitangan di hospital Apollo telah ditangkap, walaupun pengurusannya menafikan sebarang peranan dan berkata ia adalah ‘mangsa pembedahan yang dirancang untuk menipu pesakit dan hospital’.

Berjuta-juta rakyat India menderita penyakit buah pinggang, terutamanya kerana kadar tinggi diabetes. Namun kekurangan organ yang kronik yang ada untuk pemindahan telah mewujudkan pasaran gelap. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA