Polis Indonesia siasat pornografi di skrin papan iklan awam

Polis Indonesia siasat pornografi di skrin papan iklan awam

JAKARTA, Indonesia, 3 Okt – Polis Indonesia melancarkan siasatan ke atas operator skrin papan video iklan awam yang memaparkan filem pornografi dan bukannya iklan-iklan di kawasan lalu lintas sibuk di ibu negara, Jakarta.

Jurucakap polis Jakarta, Kolonel Awi Setyono mengatakan hari ini bahawa 10 orang termasuk pekerja syarikat operator papan iklan elektronik itu sudah pun disiasat.

Twitter di negara gila sosial, Indonesia kecoh dengan berita insiden itu yang berlaku sejurus selepas sembahyang Jumaat di negara majoriti Islam itu.

Ramai pengguna menerbitkan klip video papan iklan itu yang menunjukkan filem pornografi Jepun dipaparkan dalam satu pelayar Internet. – AP