Polis Indonesia tembak mati 2 orang suspek

JAKARTA, 12 Nov – Polis Indonesia hari ini berkata mereka telah menembak mati dua orang suspek yang membakar balai polis di pulau Sumatra.

Jurucakap polis, Rikwanto berkata suspek dibunuh pada awal Ahad di daerah Dharmasraya, Sumatra Barat, 220 kilometer dari bandar Padang. Kebakaran tersebut menyebabkan kemusnahan bangunan utama balai polis Dharmasraya.

Pihak polis mengepung kawasan itu selepas menerima maklumat dari bomba yang melihat suspek berada di kawasan tersebut. Rikwanto berkata polis melepaskan tembakan selepas suspek enggan memberi kerjasama.

Polis telah merampas dari suspek beberapa senjata termasuk panah, pisau dan pesanan mesej yang mempunyai kandungan keganasan.

Media tempatan melaporkan dua suspek menyerang polis dengan menggunakan panah dan mencederakan seorang.

Polis akan menyiasat jika terdapat hubungkait dengan penganas, menurut Rikwanto. – AP