Polis Israel dikerah kawal Masjid Al-Aqsa

Polis Israel dikerah kawal Masjid Al-Aqsa

BAITULMUQADDIS, 18 Sept (AFP) – Polis Israel dikerahkan hari ini untuk menghalang remaja lelaki Islam daripada bersembahyang di kawasan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis dalam apa yang pergerakan Hamas Islam Palestin gelar sebagai ‘hari keradangan’.

Para pembantah Palestin telah bertempur dengan polis di kawasan itu selama tiga hari ke atas tahun baru Yahudi meskipun gesaan antarabangsa bagi ketenangan.

Polis menubuhkan pusat pemeriksaan yang ketat di jalan-jalan menuju ke tapak di Bandar Lama bertembok Baitulmuqaddis, menyuruh balik remaja berkenaan, sementara kapal udara pemantauan polis berlegar di udara.

“Ia di barisan hadapan. Anda terpaksa pergi melalui 20 tempat pemeriksaan tentera untuk pergi ke masjid itu,” kata Mazen Shawish, 52 memberitahu AFP.

Di dalam kawasan itu, para jemaah solat tanpa insiden. Para pegawai masjid menganggarkan kehadiran sekitar 8,000 sementara polis mengatakan terdapat kira-kira 10,000.

Remaja Palestin bertempur dengan pasukan keselamatan Israel berhampiran penjara tentera Israel Ofer, berhampiran kampung Betunia, Tebing Barat pada 17 September, selepas perarakan warga Palestin mempertahankan kawasan Masjid Al-Aqsa, Baitulmuqaddis. – AFP
Remaja Palestin bertempur dengan pasukan keselamatan Israel berhampiran penjara tentera Israel Ofer, berhampiran kampung Betunia, Tebing Barat pada 17 September, selepas perarakan warga Palestin mempertahankan kawasan Masjid Al-Aqsa, Baitulmuqaddis. – AFP

Semasa purata pada Jumaat sekitar 25,000 hingga 35,000 orang mengambil bahagian. Ratusan lelaki muda dihalang masuk namun hanya bersolat di luar dinding Bandar Lama.

Polis mengatakan menjelang solat Jumaat mereka telah memberi amaran perisikan bahawa remaja Arab yang merancang konfrontasi baru telah dicegah daripada menghampiri kawasan itu.

“Ia telah diputuskan bagi had usia jemaah Islam,” menurut kenyataan polis.

“Lelaki berusia 40 dan ke atas serta wanita pada semua usia akan dibenarkan untuk masuk bersolat,” katanya.

Pihak berkuasa Israel bimbang masalah selanjutnya menjelang Hari Raya Aidiladha orang Islam yang berbetulan dengan acara Yom Kippur Yahudi pada Rabu.