Polis Jerman beri amaran ‘serangan pelampau’

Polis Jerman beri amaran ‘serangan pelampau’

BERLIN, 1 Jan (AFP) – Polis Jerman mendapati ada ‘tanda-tanda pelampau Islam merancang serangan’ pada malam sambutan Tahun Baharu di selatan bandar Munich.

‘Ada tanda menunjukkan serangan keganasan sedang dirancang di Munich. Sila elak berada dalam sebarang perhimpunan dan stesen kereta api Munich serta Pasing,’ kata polis dalam Twitter.

Katanya, kedua-dua stesen itu sudah dikosongkan dan perkhidmatan kereta api dihentikan di kedua-dua arah.

Polis berkata, penyerang itu mempunyai latar belakang ‘kumpulan Islam’.

Anggota polis Jerman berkawal di lokasi tumpuan orang ramai di bandar Munich berikutan ‘tanda-tanda pelampau Islam merancang serangan’ pada malam sambutan Tahun Baharu. – Reuters
Anggota polis Jerman berkawal di lokasi tumpuan orang ramai di bandar Munich berikutan ‘tanda-tanda pelampau Islam merancang serangan’ pada malam sambutan Tahun Baharu. – Reuters

Seorang jurucakap polis memberitahu AFP, daripada sumber yang boleh dipercayai kumpulan itu merancang bertindak ketika sambutan sedang berlangsung.

Sementara itu, beberapa kota di Eropah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga termasuk Brussels dan Paris yang bertindak membatalkan pertunjukan bunga api sempena sambutan Tahun Baharu.

Beberapa hari selepas serangan berdarah Paris 13 November lalu, polis Jerman membatalkan perlawanan bola sepak di saat akhir selepas menerima ancaman bom.

ARTIKEL YANG SAMA