Polis Jerman berkas dua lelaki miliki mercun

Polis Jerman berkas dua lelaki miliki mercun

ERFURT, Jerman, 25 Dis (dpa) – Polis di Jerman telah memberkas dua lelaki kerana memiliki mercun yang berasal dari Poland semasa memeriksa kenderaan dalam perjalanannya ke timur negeri Thuringia, menurut jurucakap polis hari ini.

Mercun tidak diluluskan untuk kegunaan di Jerman. Lelaki itu, kedua-duanya berusia 25 tahun dan dari negeri tengah Hesse, telah disoalsiasat kerana mencabul Akta Bahan Letupan negara.

Pihak berkuasa berulang kali mengeluarkan amaran melarang membeli bunga api dari luar negeri, terutamanya menjelang Tahun Baru.