Polis Jerman buru lelaki Syria

Polis Jerman buru lelaki Syria

CHEMNITZ, Jerman, 9 Okt – Polis Jerman meningkatkan langkah keselamatan di lapangan terbang dan stesen kereta api hari ini ketika mereka meneruskan pemburuan ke atas seorang lelaki Syria yang disyaki merancang serangan bom.

Suspek itu, Jaber Albakr, 22, telah melarikan diri sejak polis komando menyerbu flatnya pada Sabtu dan menemui bahan letupan yang mana skuad penghapus bom kemudian menyahaktifkannya dalam letupan yang dikawal.

Polis berkata lelaki itu, yang digambarkan berpakaian berhud hitam, telah ‘disyaki sedang mempersiapkan serangan bom’, menambah hari ini yang mereka mengikuti lebih 80 kemungkinan petunjuk.

Albakr mungkin mempunyai ‘motif Islamis’, sumber polis memberitahu AFP. Agensi berita Jerman, DPA, memetik sumber keselamatan sebagai berkata bahawa dia dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Islamic State (IS).

Dalam komennya di Twitter, polis memberi amaran kepada orang awam agar berhati-hati.

Polis telah mengepung kawasan di hadapan stesen kereta api di Chemnitz, timur Jerman, pada 8 Oktober. Dua orang telah ditangkap di stesen kereta api yang berkaitan dengan kes seorang suspek Syria yang merancang serangan bom. – AFP
Polis telah mengepung kawasan di hadapan stesen kereta api di Chemnitz, timur Jerman, pada 8 Oktober. Dua orang telah ditangkap di stesen kereta api yang berkaitan dengan kes seorang suspek Syria yang merancang serangan bom. – AFP

“Pencarian ke atas suspek masih diteruskan. Kami tidak tahu dia berada di mana dan apa yang dibawanya. Sila berwaspada.” Sehari selepas tiga rakan Albakr ditangkap, polis berkata salah seorang daripada mereka masih lagi dalam tahanan, disyaki bersubahat, sementara dua yang lain dibebaskan.

Polis berkata ‘beberapa ratus gram bahan letupan yang lebih bahaya daripada TNT’ telah ditemui dalam apartmen di bandar timur Chemnitz, kira-kira 260km dari selatan Berlin.

“Malah kuantiti kecil daripada bahan ini sahaja, boleh mengakibatkan kerosakan besar,” kata polis. Media tempatan melaporkan bahan ini adalah TATP, bahan letupan buatan sendiri yang digunakan oleh kumpulan jihad dalam serangan di Paris dan Brussels.

Seorang jurucakap bagi agensi perisikan tempatan Jerman memberitahu AFP yang Albakr, yang dikatakan tiba sebagai pelarian tahun lepas, ber-ada dalam pengawasan selama beberapa waktu.

Laman berita Focus Online berkata dia disyaki merancang serangan di lapangan terbang.

Para penyiasat memberi amaran pada Jumaat, mencetuskan serbuan pada Sabtu di kawasan kejiranan Chemnitz tempat estet perumahan era komunis yang menjadi rumah kepada kebanyakan para pelarian yang baru tiba. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA