Polis Jerman temui 3 suspek serangan wanita

Polis Jerman temui 3 suspek serangan wanita

BERLIN, Jerman, 7 Jan – Polis Jerman telah mengenal pasti tiga tersangka dalam kaitan dengan serangan ke atas wanita pada perayaan Tahun Baru di bandar Cologne tetapi belum lagi membuat sebarang tangkapan, menteri dalam negeri-negeri North Rhine, Westphalia (NRW) berkata semalam.

Kira-kira 90 orang wanita dilaporkan dirompak, diancam atau dicabul secara seksual pada perayaan tahun baru di luar gereja besar bandar itu oleh lelaki-lelaki muda yang kebanyakannya dalam keadaan mabuk, menurut polis Selasa lalu, dalam peristiwa yang mereka sifatkan sebagai ‘dimensi baru jenayah.’

Ketua polis di Cologne berkata para penjenayah nampaknya adalah berasal dari “Arab atau Afrika Utara, yang mengakibatkan kumpulan sayap kanan menyelar kerajaan kerana pendiriannya menerima orang pelarian yang lari dari peperangan di Syria dan tempat lain.

Menteri Luar NRW Ralf Jaeger berkata dia menjangkakan ‘laporan sangat terperinci’ dari pihak polis minggu ini tetapi enggan memberikan butiran lanjut tentang penyiasatan itu.

Menurut polis serangan berlaku apabila kira-kira 1,000 orang lelaki berpecah menjadi kumpulan samseng ketika para pegawai polis mengosongkan dataran untuk menghentikan bunga api dari dilontar dari atas anak tangga ke arah orang ramai yang berada di bawah.

Para pegawai kerajaan memberi amaran tentang menjadikan warga asing dan orang pelarian sebagai orang yang dicurigai, manakala datuk bandar Cologne Henriette Reker berkata tidak ada alasan untuk percaya mereka yang terlibat dalam serangan adalah pemohon suaka.

Jerman telah menerima kira-kira sejuta orang pemohon suaka tahun lalu dan banyak lagi dijangka tiba tahun ini.

Para pegawai Jerman berselisih faham tentang bagaimana untuk memberi respons terhadap serangan di Cologne.

Menteri Dalam Negeri Persekutuan Thomas De Maiziere telah mengkritik polis tempatan kerana tidak campur tangan ketika perayaan tahun baru untuk menghalang serangan seterusnya ke atas wanita.

Semalam, De Maiziere berkata kerajaan seharusnya membincangkan sama ada memudahkan lagi pihak berkuasa untuk menghantar pulang pencari suaka yang melanggar undang-undang. Jaeger berkata “ia adalah sebagai formaliti; untuk menantikan hasil penyiasatan polis sebelum membuat penilaian.” – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA