Polis Jerman, Turki tahan penyeludup manusia

Polis Jerman, Turki tahan penyeludup manusia

POTSDAM, 21 Jan – Polis Jerman dan Turki hari ini mengumumkan serbuan terancang besar-besaran ke atas satu rangkaian penyeludupan, yang menggunakan kapal usang untuk menghantar lebih 1,700 pelarian ke Eropah.

Ketua polis kedua-dua negara dalam sidang media di luar Berlin, di sini, berkata operasi bersama itu adalah serbuan besar-besaran ke atas jenayah terancang antarabangsa yang mencetuskan gelombang penghijrahan beramai-ramai pendatang ke Eropah.

Ketua Polis Persekutuan Jerman, Dieter Romann, berkata hampir 500 pegawai polis dan komando menahan lima suspek dalam 17 serbuan awal pagi di enam negeri.

Ketua Polis Turki, Mehmet Lekesiz, berkata serbuan sama turut dilakukan di sekitar negara itu, termasuk Istanbul, Ankara dan Mersin, dengan 30 penahanan dibuat. – AFP