Polis keluarkan 33 saman trafik di Tawau

Polis keluarkan 33 saman trafik di Tawau

TAWAU, 31 Mei – Polis Tawau mengeluarkan sebanyak 33 saman ke atas pelbagai kesalahan trafik kepada 20 penunggang motosikal melibatkan penunggang lelaki berumur antara 20 hingga 41 tahun dalam Op Motosikal Bersepadu di beberapa kawasan di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah ACP Fadil Marsus berkata operasi bersepadu itu melibatkan kawasan bandar Tawau, Takada, Jalan Kuhara dan Jalan Apas. – Bernama