Polis Kenya seksa penganut Islam

Polis Kenya seksa penganut Islam

NAIROBI, 15 Jun (AFP) – Respons oleh pasukan keselamatan Kenya ke atas dakwaan gelombang pembunuhan beramai-ramai setahun lepas di wilayah pantai di Kenya menjurus kepada kejadian pembantaian, penahanan sembarangan dan pencurian, menurut kumpulan hak asasi manusia hari ini.

Laporan oleh Human Rights Watch (HRW) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kenya berkata penyeksaan yang dideritai oleh masyarakat tempatan berikutan insiden tersebut memerlukan tindakan segera bagi pembaharuan keselamatan, termasuk meningkatkan sumber-sumber mereka serta memecat mana-mana pegawai yang menyalahgunakan kuasa.

Kumpulan-kumpulan militan Islam melancarkan beberapa serangan pada Jun dan Julai 2014 berhampiran pulau Lamu, destinasi pelancongan yang pernah popular terletak berhampiran dengan sempadan Somalia. Hampir 90 orang maut dalam keganasan itu, menurut pegawai-pegawai.