Polis kesan p...

Polis kesan pemilik bot karam di Batu Payung

TAWAU, 13 Feb – Polis sedang mengesan pemilik bot yang karam di perairan Batu Payung ketika menuju ke Sungai Nyamuk, Indonesia pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata hasil risikan mendapati pemilik bot, Ansar Sakka merupakan warga Indonesia dipercayai kini berada di kawasan Sungai Nyamuk.

“Pihak Interpol Bukit Aman telah dimaklumkan untuk membantu mengesan Ansar,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Menurut Fadil, maklumat mengenai pemilik bot terbongkar susulan penahananjuragan dan pembantu juragan yang kedua-duanya terselamat dalam tragedi bot karam itu.

“Mangsa-mangsa yang selamat membuat pengecaman dan didapati Ardiansyah Abbas, 23, dan Mansur Umar, 25, masing-masing merupakan juragan dan pembantu juragan bot itu dan hasil penahanan mereka membawa kepada penemuan maklumat pemilik bot karam terbabit,” katanya.

Dalam pada itu, Fadil berkata semakan pihaknya melalui Lembaga Pelabuhan dan Dermaga serta Jabatan Perikanan mendapati bot karam tersebut tidak pernah didaftarkan di Malaysia. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA