Polis Labuan buru lelaki menyamar

Polis Labuan buru lelaki menyamar

LABUAN, 5 Feb – Polis Labuan sedang memburu seorang lelaki yang menyamar sebagai seorang pegawai Bank Negara dan menipu seorang lelaki berusia 48 tahun pada 2 Febuari lepas.

Ketua Polis Labuan Supt Adzhar Othman berkata mangsa berada di rumah ketika menerima panggilan pada pukul 1 tengah hari dari seorang lelaki tidak dikenali yang menyamar sebagai wakil bank pusat dan mendakwa kredit kadnya telah digunakan orang lain.

“Lelaki itu kemudian diminta suspek untuk memasukkan wang berjumlah RM34,700 untuk menyelesaikan kes itu tetapi mangsa mengesyaki sesuatu yang tidak kena dan melaporkan kepada polis pada hari yang sama.

“Kami telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau juga berkata pihaknya telah memulakan siasatan ke atas satu penipuan transaksi perniagaan dalam talian melibatkan seorang mangsa wanita berusia 58 tahun. – Bernama