Polis Labuan terima empat bintang

Polis Labuan terima empat bintang

LABUAN, 14 Okt – Bahagian Siasatan Jenayah daerah Labuan (DCID)diberi penarafan empat bintang dalam pengendalian kes jenayah dan bahan bukti.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Datuk Salehhuddin Abd Rahman berkata bilangan kertas siasatan dan bahan bukti telah berkurangan atau diselesaikan daripada 78 kepada 30 kes dalam tempoh lebih 20 tahun lalu.

“Dengan prestasi yang semakin meningkat, kontinjen polis Labuan telah mencapai Indeks Prestasi Utama yang telah ditetapkan dalam Pengurusan Objektif, Polis Diraja Malaysia, Sabah,” katanya selepas membuat tinjauan ke DCID Labuan di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah Robert Pasang Alam berkata hampir kesemua kertas siasatan yang dibuka sejak 1995 di Sabah dan Labuan telah diselesaikan.

“Sejumlah 126 kertas siasatan di beberapa daerah di Sabah dan Labuan sejak 20 tahun lalu diperiksa dan kami temui 30 kes berserta bahan bukti yang telahpun selesai di Labuan dan kini boleh dimusnahkan,” katanya. – Bernama