Polis lancar usaha cari mangsa culik di Mexico

Polis lancar usaha cari mangsa culik di Mexico

BANDAR MEXICO, 16 Ogos – Polis dan tentera melancarkan usaha mencari 10 hingga 12 anggota kumpulan samseng yang disyaki yang telah diculik dalam serbuan mengejut oleh lelaki-lelaki bersenjata pada satu keraian di sebuah restoran mewah di peranginan pantai popular, Puerto Vallarta.

Pendakwa negeri Jalisco Eduardo Almaguer berkata semalam bahawa pihak berkuasa tempatan, negeri dan persekutuan, termasuklah marin dan tentera telah menyertai operasi itu sementara para penyiasat mengkaji rakaman kamera pengawasan bagi mendapatkan bukti.

Para penganjur pelancongan bandar sementara itu giat berusaha meyakinkan para pelancong bahawa itu adalah kejadian terpencil dan kegiatan bagi para pelancong diteruskan tanpa gangguan.

Para penculik dan mereka yang diculik adalah anggota pertubuhan jenayah, kata Almaguer pada sidang media yang diadakan untuk membincangkan penculikan awal semalam di zon hotel utama peranginan itu.

“Tidak ada pelancong mahupun penduduk yang bekerja dalam kegiatan sah.” Almaguer berkata “Mereka adalah orang yang terikat dengan kumpulan jenayah yang boleh dengan jelas kami anggap.”

Kartel Generasi Baru Jalisco telah menjadi penjenayah dominan di negeri itu.

Ia bersaing bagi kartel berpengaruh, Sinaloa bagi kekuasaan di kawasan-kawasan lain di negeri itu, seperti Baja California Sur.

Almaguer berkata dua buah SUV yang membawa lima lelaki bersenjata tiba sekitar 1 pagi di resotran La Leche di lebuh hias utama Puerto Vallarta, yang melalui zon hotel yang terletak antara bandar pantai lama dan lapangan terbang.

Menurutnya sebilangan mereka yang diculik bercuti di Puerto Vallarta selama seminggu dan kumpulan itu telah menjadi sasaran hadir dalam keraian itu, menurut orang lain di restoran itu. – AP