Polis lanjut tempoh siasatan warga Belgium

Polis lanjut tempoh siasatan warga Belgium

SINGAPURA, 2 Dis (AFP) – Polis Singapura mempunyai tempoh masa lapan minggu lagi untuk menyelesaikan penyiasatan mereka ke atas eksekutif kewangan Belgium yang dituduh membunuh anak lelakinya berusia lima tahun, selepas pendakwa raya pada hari ini memohon lebih masa lagi.

Philippe Graffart, 42 tahun, dituduh membunuh – satu kesalahan yang boleh membawa kepada hukuman mati di tali gantung di Singapura – di atas kematian anak lelakinya, Keryan, di kondominium kelas tinggi pada Oktober lalu.

Peguam Graffart, Ramesh Tiwary, tidak membantah permohonan pendakwa raya ketika kemunculan sebelum perbicaraan di mahkamah daerah.

Philippe Graffart (tengah) ketika tiba di mahkamah untuk berdepan dakwaan membunuh anak lelakinya berusia lima tahun. – AFP
Philippe Graffart (tengah) ketika tiba di mahkamah untuk berdepan dakwaan membunuh anak lelakinya berusia lima tahun. – AFP

Graffart diberkas sebelum subuh pada 6 Oktober selepas tiba di balai polis dengan kecederaan yang disengajakan dan didakwa atas tuduhan membunuh pada 7 Oktober. Dia akan terus ditahan divisyen pusat polis sehingga perbicaraan pada 29 Januari.

Dia telah dipindahkan dari kompleks perubatan Penjara Changi ke divisyen pusat polis berhampiran mahkamah perbicaraan pada lewat November selepas penilaian psikiatri lebih sebulan.

ARTIKEL YANG SAMA