Polis lepaskan gas pemedih mata kepada pendatang

Polis lepaskan gas pemedih mata kepada pendatang

IDOMENI, 11 April (AFP) – Sekurang-kurangnya 260 orang memerlukan rawatan perubatan semalam selepas polis menembak gas pemedih mata pada pendatang ketika mereka cuba merempuh sempadan Greece-Macedonia, di mana lebih daripada 11,000 orang terkandas, kata sebuah badan kebajikan.

Ia adalah keganasan terbaru yang meletus di lintasan Idomeni, di mana sejumlah besar pendatang dan pelarian, kebanyakan mereka melarikan diri daripada konflik di Syria, Iraq dan tempat lain dan telah berkhemah sejak pertengahan Februari selepas negara Balkan menutup sempadan mereka, sekaligus memutus kemasukan ke utara Eropah.

Polis Macedonia menuduh orang ramai melontar batu dan objek lain pada mereka dalam usaha untuk merobohkan pagar, berkata mereka telah menggunakan gas pemedih mata untuk melindungi diri mereka.

“Dua ratus orang dirawat oleh unit perubatan kami untuk masalah pernafasan, 30 untuk luka yang berpunca daripada peluru plastik dan 30 untuk kecederaan lain,” beritahu Achilleas Tzemos daripada badan kebajikan perubatan Perancis Doktor Tanpa Sempadan, kepada AFP.

Kejadian itu, di tengah krisis pendatang paling teruk di EU sejak Perang Dunia Kedua, dicetuskan oleh desas-desus baru mengatakan lintasan sempadan Idomeni ke Macedonia, sebahagian ditutup sejak pertengahan Februari, akan dibuka semula.

Seorang lelaki berlari bersama dengan anak damit ke pusat perkhidmatan kecemasan selepas polis Macedonia melemparkan gas pemedih mata di dalam kem semasa pertempuran berhampiran kem sementara mereka di kampung sempadan utara Greek Idomeni. – AFP
Seorang lelaki berlari bersama dengan anak damit ke pusat perkhidmatan kecemasan selepas polis Macedonia melemparkan gas pemedih mata di dalam kem semasa pertempuran berhampiran kem sementara mereka di kampung sempadan utara Greek Idomeni. – AFP

Menurut sumber polis Greece, beratus pendatang telah berkumpul di pagar untuk menuntut sempadan dibuka semula. Apabila mereka cuba merempuh sekatan, polis Macedonia mulai menembak gas pemedih mata.

Pertempuran berlaku ketika wakil EU melawat Turki dan menggesa negara itu supaya melaksana satu perjanjian di mana semua penghijrah yang tiba di sempadan blok dari Turki kini menghadapi risiko dihantar pulang ke dana.

Di tempat kejadian, pembantah dengan muka mereka ditutup dengan skarf atau dilumuri dengan ubat gigi sebagai perlindungan sementara terhadap gas pemedih mata boleh dilihat melontar batu pada pagar, kata seorang wartawan AFP, menambah ada di antara mereka pengsan dalam suasana yang melemaskan. Sebahagian daripada pagar nampaknya telah roboh.