Polis Malaysia soal siasat Dr. Mahathir

Polis Malaysia soal siasat Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Reuters) – Polis Malaysia hari ini menyoal siasat bekas perdana menteri Mahathir Mohamad, yang sedang disiasat selepas menggesa perdana menteri pada masa ini meletak jawatan berhubung skandal kewangan.

Mahathir, pemimpin Malaysia yang telah lama berkhidmat yang masih berpengaruh dan dihormati, telah menjadi pengkritik paling hebat terhadap Perdana Menteri Najib Razak, yang berdepan tekanan berhubung skandal rasuah yang menyelubungi dana kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada Julai lalu Wall Street Journal melaporkan bahawa para penyiasat yang menyiasat dana itu yang menanggung hutang itu, telah mendapati bahawa hampir $700 juta telah dipindahkan ke dalam akaun bank Najib.

Najib menafikan salah laku itu atau mengambil wang bagi kepentingan peribadi dan agensi anti rasuah kerajaan berkata wang itu adalah derma politik dari penyumbang Timur Tengah yang tidak didedahkan identitinya.

Tetapi itu tidak menghentikan kritikan.

Mahathir Mohammad melambaikan tangan kepada petugas media selepas diambil keterangan oleh Polis Malaysia. - Bernama
Mahathir Mohammad melambaikan tangan kepada petugas media selepas diambil keterangan oleh Polis Malaysia. – Bernama

Mahathir, 90 tahun, membuat kemunculan mengejut pada lewat Ogos lalu pada bantahan anti kerajaan di Kuala Lumpur dan menggesa gerakan ‘kuasa rakyat’ menggulingkan Najib.

Ketua polis negara Khalid Abu Bakar berkata tidak lama selepas itu, bahawa polis akan mengambil kenyataan Mahathir berhubung ulasannya dan mereka telah pergi ke pejabat Mahathir hari ini bagi tujuan itu, menurut penolong, Sufi Yusof.

Sufi enggan mendedahkan sebarang butiran tentang pertemuan itu atau mengatakan apakan tumpuannya.

Penganjur utama perhimpunan Ogos lalu, Maria Chin, telah didakwa bulan ini di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana gagal memaklumkan pihak berkuasa tentang perhimpunan itu. Dia menolak dakwaan itu.

Najib, yang memegang jawatan pengerusi bagi lembaga penasihat 1MDB, membidas penentang-penentang dalam partinya dan kerajaan. Beliau telah memecat timbalan menterinya dan menteri-menteri lain yang secara terbuka mempersoalkannya dan juga menggantikan peguam negara yang menyiasat 1MDB.