Polis Marin cekup tiga nelayan

Polis Marin cekup tiga nelayan

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Julai – Tiga orang nelayan, yang terdiri daripada seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun, dua lelaki warga asing berusia 20 dan 30 tahun, telah ditahan oleh anggota Polis Marin, Pasukan Polis Diraja Brunei setelah didapati menangkap ikan berdekatan dengan Pelantar Minyak Champion 7.

Semasa tangkapan itu, nelayan berkenaan sedang membangkit bubu di kedudukan Lat 05˚12’41.3”N Long 114˚44’33.9”E kawasan Pelantar Minyak tersebut.

Pemandu, penumpang serta perahunya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Marin untuk siasatan lanjut, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei, hari ini.

Perahu yang digunakan, jenis kaca gentian sepanjang 27 kaki dengan enjin Yamaha 85hp, juga didapati tidak berdaftar dan pemandunya juga tidak mempunyai lesen memandu perahu.

Perahu dan enjinnya yang dibawa ke Ibu Pejabat Polis Marin untuk siasatan lanjut.
Perahu dan enjinnya yang dibawa ke Ibu Pejabat Polis Marin untuk siasatan lanjut.
Bubu yang digunakan nelayan terbabit.
Bubu yang digunakan nelayan terbabit.
Sebahagian hasil tangkapan nelayan berkenaan.
Sebahagian hasil tangkapan nelayan berkenaan.

Sehubungan dengan itu, Polis Marin mengingatkan orang ramai khasnya nelayan-nelayan bahawa, kapal atau perahu tidak boleh memasuki jarak 500 meter daripada binaan-binaan atau struktur pelantar minyak yang terletak dalam lingkungan kawasan perairan wilayah dan pesisir laut Negara Brunei Darussalam.

Mana-mana pihak yang didapati bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi $100,000, sementara itu, kapal atau perahu boleh ditahan oleh pihak berkuasa mengikut Akta Perkapalan Pedagang (Penggal 145) 1986, Negara Brunei Darussalam.