Polis maut diserang lelaki IS

Polis maut diserang lelaki IS

MAGNANVILLE, Perancis, 14 Jun (AFP) – Seorang lelaki yang mendakwa setia kepada kumpulan Negara Islam (IS) membunuh seorang anggota polis Perancis dan pasangannya hari ini, menurut penyiasat, dalam apa yang disifatkan oleh pihak berkuasa sebagai ‘perbuatan keganasan yang mengerikan’.

Presiden Francois Hollande mengadakan mesyuarat keselamatan peringkat tertinggi selepas serangan yang berlaku itu semalaman, sebagai langkah berjaga-jaga di Perancis ketika kejohanan bola sepak Euro sedang diadakan.

Sumber yang rapat dengan siasatan mengenal pasti suspek sebagai Larossi Abballa, 25, terbunuh dalam satu operasi besar oleh pihak polis.

Mereka memberitahu AFP, beliau sebelum ini dihukum kerana dikaitkan dengan kumpulan jihad ke Pakistan.

Dia menikam anggota polis itu berulang kali di luar rumahnya di Magnanville, pinggir bandar barat laut Paris, sebelum menahan pasangan anggota polis itu dan anak lelaki berusia tiga tahun pasangan itu.

Pegawai polis Perancis berada di belakang kepungan di jalan Magnanville, di mana seorang lelaki yang mendakwa setia kepada kumpulan Negara Islam membunuh seorang anggota polis Perancis dan pasangannya semalam. – AFP
Pegawai polis Perancis berada di belakang kepungan di jalan Magnanville, di mana seorang lelaki yang mendakwa setia kepada kumpulan Negara Islam membunuh seorang anggota polis Perancis dan pasangannya semalam. – AFP

Letupan yang kuat kedengaran di tempat kejadian sebagai polis elit melakukan gerakkan berikutan rundingan gagal dengan penyerang.

Pegawai menemui mayat wanita itu selepas mereka menyerbu rumah, dan penyerang terbunuh dalam serangan itu, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Pierre-Henry Brandet.

Anak kecil pasangan itu dalam keadaan ketakutan dan tidak mengalami apa-apa kecederaan,” kata pendakwa, sambil berkata kanak-kanak itu menerima rawatan perubatan.

Anggota polis terbunuh itu berusia 42 tahun dan bekerja berdekatan di Les Mureaux. Pasangannya pula seorang pegawai polis tempatan.

ARTIKEL YANG SAMA