Polis merampas sejumlah ganja

Polis merampas sejumlah ganja

MADRID, 28 Julai (AFP) – Pihak berkuasa di Gibraltar merampas 1.5 tan resin ganja, sementara di kejiranan Sepanyol polis menyerbu satu ladang tanpa izin yang mempunyai hampir 1,800 tumbuhan marijuana, pihak berkuasa berkata kelmarin.

Kerajaan Gibraltar berkata pegawai merampas ganja tersebut yang mempunyai nilai harga pasaran lebih daripada 5 juta pound pada sebuah bot laju di Mediterranean. Pegawai kastam dan pihak polis telah menahan dua warga Sepanyol dan seorang Perancis yang berdepan dakwaan penyeludupan dadah, menurut kerajaan Gibraltar dalam satu keterangan.

Terletak di hujung selatan Sepanyol, Gibraltar ditadbir oleh London tetapi dituntut oleh Madrid.

Sementara itu, polis Sepanyol kelmarin merampas 1,754 tumbuhan marijuana dan menahan dua orang di ladang tanpa izin dalam kawasan pergunungan utara Madrid. Melalui langkah produksi “skala besar, intensif dan pantas” mereka berupaya untuk menghasilkan marijuana yang lebih kuat yang mana mereka jual kepada orang persendirian.

Pihak polis merampas sebilangan ganja di kerajaan Gibraltar. – Reuters
Pihak polis merampas sebilangan ganja di kerajaan Gibraltar. – Reuters

Polis juga merampas pelbagai kelengkapan mahal pertanian dan baja, yang mana “membolehkan mereka untuk melakukan penuaian besar setiap dua atau tiga bulan.”

Sepanyol merupakan salah satu laluan utama bagi sindiket penyeludupan dadah ke Eropah.

Polis di sini sering kali merampas bertan-tan ganja dan kokain daripada penyeludup antarabangsa, dan juga menyerbu penanam yang berpangkalan di Sepanyol.