Polis meriahkan Sambutan Ulang Tahun ke-95 dengan Majlis Keagamaan

Polis meriahkan Sambutan Ulang Tahun ke-95 dengan Majlis Keagamaan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 1 Jan – Bagi memeriahkan Sambutan Ulang Tahun ke-95 Pasukan Polis Diraja Brunei, yang jatuh pada setiap 1 Januari, Majlis Membaca Surah Yasin, Bertahlil, Doa Arwah dan Doa Selamat telah diadakan di Surau Ibu Pejabat Daerah Polis Belait, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pegawai Daerah Belait, Haji Haris bin Haji Othman, dan dihadiri oleh Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Belait, Supt. Ariffin bin Haji Jafaruddin selaku pengerusi majlis.

Majlis yang juga bertujuan mengeratkan silaturahim dan bersama-sama meraikan sambutan Hari Polis itu turut dihadiri sama oleh ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Mohd Yusof bin Dulamin yang juga selaku Ketua Kampung Mumong dan Yang Berhormat Haji Mohd Shafiee bin Ahmad juga selaku Ketua Kampung Lumut 1, para pegawai, ketua-ketua cawangan jabatan kerajaan Daerah Belait, para penghulu dan ketua-ketua kampung, para pegawai dan anggota pangkat rendah Daerah Polis Belait, anggota Polis Ru ‘A’, anggota Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas serta anggota Polis Keselamatan Padang Minyak LNG Lumut.

Majlis telah dimulakan dengan solat Fardu Maghrib berjemaah sebelum diteruskan dengan membaca Surah Yasin, tahlil, doa arwah dan doa selamat serta diikuti solat Fardu Isyak berjemaah.

Haji Haris ketika hadir pada majlis tersebut.
Haji Haris ketika hadir pada majlis tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA