Polis Mesir b...

Polis Mesir bunuh suspek pengganas

KAHERAH, 20 April – Seorang pengganas yang terlibat dalam serangan maut ke atas pusat pemeriksaan keselamatan di Selatan Sinai Mesir yang terbunuh kelmarin, kata Kementerian Dalam Negeri Mesir. Kementerian itu berkata dalam satu kenyataan akhbar bahawa pasukan keselamatan telah mengenal pasti lokasi di mana penyerang telah bersembunyi dan membunuhnya dalam insiden berbalas tembakan.

Seorang anggota polis terbunuh dan empat yang lain cedera semalam dalam serangan ke atas pusat pemeriksaan keselamatan berhampiran Saint Catherine Mesir di Selatan Sinai.

Serangan itu berlaku beberapa hari selepas dua serangan bom ke atas gereja yang didakwa oleh kumpulan Islamic State (IS) yang membunuh 47 orang.

Mesir telah mengalami serangan anti-keselamatan terutamanya di Utara Sinai, di mana IS telah bertindak melakukan serangan. Beratus-ratus lelaki keselamatan telah terbunuh dalam serangan itu. Serangan bagaimanapun jarang berlaku tahun kebelakangan ini. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA