Polis Mexico selamatkan 100 penghijrah yang diculik

Polis Mexico selamatkan 100 penghijrah yang diculik

MEXICO CITY, 7 Mei (AFP) – Polis Mexico telah menyelamatkan kira-kira 100 warga asing yang tidak didokumentasikan, termasuk wanita dan kanak-kanak, serta menangkap sekumpulan penyeludup orang yang cuba untuk memeras wang daripada mereka, menurut para pegawai semalam.

Para penyeludup memberitahu warga asing bahawa jika mereka tidak memberikan nombor telefon saudara mereka untuk menuntut wang, mereka akan diserahkan kepada geng jenayah terancang, menurut kenyataan daripada suruhanjaya keselamatan negara.

Polis dengan pantas bertindak setelah seorang lelaki Guatemala yang mengatakan dia telah melarikan diri dari rumah tempat warga asing telah ditahan.

Penawannya adalah warga Amerika Tengah, menurut kenyataan itu lagi.

Mereka yang ditahan adalah dari Guatemala, El Salvador, Honduras, Nicaragua, Sri Lanka dan India serta termasuk wanita dan kanak-kanak.

Setiap tahun kira-kira 200,000 warga asing yang tidak didokumentasikan, kebanyakan mereka adalah dari Amerika Tengah, memasuki Mexico untuk cuba membuat perjalanan mereka ke Amerika Syarikat.