Polis: Militan rancang serang kedutaan

Polis: Militan rancang serang kedutaan

JAKARTA, 27 Nov – Polis Indonesia telah menangkap seorang militan ketiga yang berkaitan dengan Islamic State (IS), hari ini, yang dituduh merancang untuk mengebom kedutaan Myanmar di Jakarta, ketika kemarahan memuncak atas tindakan ganas tentera ke atas orang Islam Rohingya.

Militan – kesemuanya dari sel domestik yang bergabung dengan kumpulan jihad di Syria – telah mengumpulkan bahan letupan untuk mencipta bom lebih kuat daripada yang digunakan dalam pengeboman Bali 2002, yang membunuh 202 orang, kata polis.

“Mereka sedang membantu rancangan serangan bom ke atas parlimen, ibu pejabat polis negara, kedutaan Myanmar dan beberapa buah stesen televisyen,” kata jurucakap polis negara, Rikwanto dalam satu mesej teks.

Kemarahan memuncak di Indonesia dan bahagian lain dalam dunia Islam berhubung apa yang digambarkan sebagai ‘pelenyapan etnik’ Rohingya di negeri Rakhine Myanmar.

Para pelarian melarikan diri ke Bangladesh mengatakan tentera Myanmar telah mengetuai satu kempen merogol dan membunuh ke atas kumpulan etnik yang tidak berumah.

Ribuan orang Islam berhimpun di bandar-bandar seluruh Asia pada Jumaat menuntut penamatan atas keganasan itu.

Di Indonesia, negara yang majoritinya mempunyai penduduk Islam terbesar di dunia itu, para pembantahnya menggesa kerajaan mereka untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Yangon.

Unit antipengganas Indonesia pada Rabu telah memberkas pembuat bom, Rio Priatna Wibowo dan merampas bahan letupan bergred tinggi dalam kuantiti yang banyak dari sebuah makmal di barat bandar Jakarta.

Penangkapannya telah membawa kepada tertangkapnya dua suspek militan lain di pelbagai kawasan ne-gara itu, kata Rikwanto hari ini.

Bahrain Agam telah diberkas kelmarin, dipercayai membeli bahan letupan sementara Saiful Bahri ditangkap hari ini, dituduh membantu memasang bom tersebut, kata Rikwanto. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA