Polis mohon bantuan orang ramai

Polis mohon bantuan orang ramai

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mei – Susulan penemuan mayat lelaki berusia 43 tahun dalam sebuah kenderaan di belakang sebuah bangunan komersial di Jalan Pandan 7, Daerah Belait kelmarin, Pasukan Polis Diraja Brunei hari ini menyeru kerjasama orang ramai menyalurkan sebarang maklumat mengenai kejadian itu kepada polis.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Inspektor Haji Fahmi bin Ahmad di Jabatan Siasatan Jenayah di talian 2232004 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Polis juga menjelaskan siasatan terperinci sedang dibuat bagi mengenal pasti punca kematiannya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei di sini, Balai Polis Kuala Belait menerima panggilan daripada orang awam mengenai sebuah kenderaan yang mencurigakan di premis komersial itu dan segera ke tempat kejadian untuk membuat pemeriksaan.

Polis menutup kawasan kejadian bagi siasatan lanjut. - Gambar Faza Suraj
Polis menutup kawasan kejadian bagi siasatan lanjut. – Gambar Faza Suraj

Pihak polis menjumpai seorang lelaki tidak sedarkan diri dalam keadaan terbaring dan disahkan meninggal dunia di Hospital RIPAS. Mangsa yang merupakan penduduk tempatan dilaporkan hilang di Balai Polis Kuala Belait pada 22 Mei namun dikatakan sudah pun hilang semenjak 20 Mei lalu.

Punca kematian akan dikenal pasti setelah laporan bedah siasat diperoleh.