Polis mohon kesan pekerja asing lari

Polis mohon kesan pekerja asing lari

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Sept – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan dua pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, hari ini, laporan telah dibuat pada 24 Ogos 2015 mengenai seorang pekerja perempuan warga Indonesia, Oriwati, 21, memegang pasport bernombor AT 340237 yang dilaporkan lari daripada majikannya pada 23 Ogos 2015.

Sementara itu, satu lagi laporan telah dibuat pada 27 Ogos 2015 mengenai seorang lelaki warga Bangladesh, Jahid Hossain, 27, dengan memegang pasport bernombor AE 3654604 yang dilaporkan lari daripada majikannya pada 10 Ogos 2015.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kedua-dua pekerja asing berkenaan bolehlah menghubungi Pegawai Jenayah Daerah Polis Brunei dan Muara di talian 2242334 atau talian hotline 993 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Oriwati
Oriwati
Jahid Hossain
Jahid Hossain

ARTIKEL YANG SAMA