Polis M’sia sasar pengkritik PM Najib

Polis M’sia sasar pengkritik PM Najib

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Polis Malaysia telah menggunakan media sosial untuk mengeluarkan amaran terhadap pengkritik-pengkritik Perdana Menteri Najib Razak yang dilanda skandal, dalam kempen online luar biasa yang menurut para pengkritik tidak mungkin berkesan.

Najib berdepan krisis politik terbesar dalam tempoh kepimpinannya selama tujuh tahun berhubung skandal berbilion-bilion dolar di dana kerajaan 1Malaysia Development Board (1MDB) dan berhubung kemasukan AS$681 juta dalam akaun bank peribadi beliau.

Najib, pengerusi lembaga penasihat 1MDB menafikan salah laku dan berkata beliau tidak mengambil wang bagi keuntungan peribadi. Peguam Negara Apandi Ali minggu lalu telah menutup penyiasatan ke atas Najib dan berkata AS$681 juta itu adalah derma dari seorang dermawan Arab Saudi dan kebanyakan wang itu telah dikembalikan.

Itu tidak menghalang rakyat Malaysia terus menggunakan media sosial untuk menyuarakan kejengkelan mereka. Karikatur Najib dengan wajah badut dan perkataan ‘di sebuah negara penuh dengan rasuah, kami semua penentang’ secara meluas dikongsikan baru-baru ini.

Pihak polis memberi respons dalam tempoh beberapa jam, dengan amaran di online kepada pelukis yang melukisnya, Fahmi Reza, dengan memberitahunya bahawa mereka sedang mengawasi akaunnya di Twitter dan dia seharusnya menggunakannya “dengan bijak dan sejajar dengan undang-undang,” katanya lagi.

“Elit yang memerintah negara ini sentiasa tidak bertolak ansur kepada penentang. Mereka sentiasa takut kehilangan takhta mereka,” kata Fahmi. “Tetapi rakyat telah berubah. Budaya membantah dan menentang semakin kuat.”

Fahmi bukanlah orang pertama diberi amaran melalui ulasan media sosial ketika pihak polis buat pertama kali menggunakan Twitter untuk mengenal pasti mereka yang sedang diawasi dan memberi amaran kepada mereka tentang akibatnya.

“Tindakan akan diambil ke atas individu-individu yang menyebarkan maklumat palsu,” adalah amaran biasa muncul di Twitter, kerap diiringi dengan Twitter mengendali orang yang diawasi.

Memberi respons kepada kritikan keputusan peguam negara untuk menggugurkan penyiasatan ke atas Najib, polis memberitahu satu lagi pengguna Twitter: “Penyiasatan akan dijalankan ke atas penghantaran-penghantaran yang dibuat oleh pemilik akaun Twitter ini.” – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA