Polis nafi keluar saman main Pokemon

Polis nafi keluar saman main Pokemon

KUANTAN, 7 Ogos – Polis Pahang hari ini menafikan ada mengeluarkan saman terhadap seorang peniaga kerana menggunakan telefon bimbit sambil bermain Pokemon Go di bandar ini pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Mohd Noor Yusof Ali berkata laporan sebuah akhbar tentang perkara itu tidak benar.

“Sejurus selepas laporan berita tersebar kita telah melakukan semakan dan siasatan mendapati tiada saman yang dikeluarkan seperti yang dilaporkan. – Bernama

 

ARTIKEL YANG SAMA