Polis nafi penemuan emas

Polis nafi penemuan emas

KUNAK, 19 Ogos – Polis hari ini menafikan dakwaan menerusi aplikasi WhatsApp kononnya seorang pekerja ladang menemui emas di sebuah terowong tanah kira-kira 12 kilometer dari pekan Kunak.

Ketua Polis Daerah Kunak Supt Ab Rashid Abdullah Beliau berkata pihaknya telah membuat siasatan terhadap perkara itu dan mendapati berita itu adalah palsu, direka oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya telah arahkan pegawai untuk ke kawasan itu untuk menyiasat…kita meminta orang ramai tidak terpedaya dengan maklumat tidak benar itu,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Hari ini, orang ramai tertanya-tanya berikutan penyebaran berita tersebut.

Terowong tanah sepanjang lapan kilometer dengan empat cabang yang terletak di ladang Sime Darby itu, dipercayai digunakan oleh tentera Jepun sebagai laluan rahsia untuk mengangkut serta menyimpan peralatan perang semasa Perang Dunia II. – Bernama