Polis nasihat Serena buat laporan

Polis nasihat Serena buat laporan

SAN FRANCISCO, 6 Nov (Agensi) – Polis San Francisco menasihatkan bintang tenis Serena Williams supaya memfailkan laporan polis selepas dia berkata seseorang cuba untuk mencuri telefon mudah alinya di sebuah restoran.

Pegawai polis Grace Gatpandan berkata Serena tidak memfailkan laporan sehingga setakat pagi semalam dan polis ingin tahu sama ada kes itu kelak dapat membantu mereka menyelesaikan beberapa kes kecurian telefon mudah alih.

Serena berkata melalui laman sosial Facebook bahawa dia sedang menikmati makan malam di sebuah restoran pada Selasa lepas apabila seorang lelaki meragut telefon mudah alinya lalu melarikan diri. Dia meletakkan telefon itu bersebelahan kerusinya.

Rakaman CCTV menunjukkan Serena bergegas keluar daripada restoran itu untuk mengejar lelaki berkenaan di laluan jalan kaki.

ARTIKEL YANG SAMA