Polis Nepal tangkap 36 doktor palsu

Polis Nepal tangkap 36 doktor palsu

KATHMANDU, Nepal, 20 Jun (AP) – Pihak berkuasa di Nepal berkata hari ini bahawa mereka telah menangkap 36 orang yang bekerja sebagai doktor yang menggunakan sijil pendidikan dan kelayakan palsu dalam operasi sapu di seluruh negara Himalaya itu.

Mereka yang ditangkap itu bekerja di hospital-hospital, klinik kesihatan dan sekolah-sekolah perubatan yang bereputasi, kata pegawai Biro Pusat Siasatan, Dibesh Lohani.

Mereka telah ditangkap tiga hari yang lalu dan didakwa atas pemalsuan. Mereka berdepan kira-kira lima tahun penjara jika didapati bersalah.

Lohani berkata ramai lagi yang disyaki bekerja sebagai doktor yang menggunakan sijil kelayakan palsu dan operasi itu akan diteruskan.

Biro itu telah bekerja dengan Majlis Perubatan Nepal dan Lembaga Pendidikan selama berbulan-bulan untuk menyiasat orang yang disyaki bekerja dengan ijazah perubatan dan lesen amali palsu.

Pada Februari, biro itu telah menangkap 17 orang yang bekerja sebagai doktor palsu.