Polis NZ rampas kokain dalam arca kepala kuda

Polis NZ rampas kokain dalam arca kepala kuda

WELLINGTON, 3 Julai – Polis New Zealand hari ini mengatakan ia merampas kokain memecah rekod bernilai NZ$14 juta disembunyikan dalam arca kepala kuda dari Mexico.

Rampasan terbesar pernah dibuat di New Zealand itu dikaitkan dengan pembinaan semula bandar Christchurch yang rosak teruk dalam gempa bumi 2011, dan pasar Australia.

Superintenden Detektif Virginia Le Bas daripada unit jenayah terancang, mengatakan mereka masih berusaha untuk menyiasat destinasi akhir rampasan itu.

“Ini adalah kemenangan penting bagi New Zealand,” katanya.

Gambar yang diperolehi pada 3 Julai menunjukkan arca kepala kuda dari Mexico yang polis NZ rampas dengan kokain disembunyikan di dalamnya. - AFP
Gambar yang diperolehi pada 3 Julai menunjukkan arca kepala kuda dari Mexico yang polis NZ rampas dengan kokain disembunyikan di dalamnya. – AFP

“Ini adalah satu kejayaan besar, kita seharusnya berbangga kerana mengesannya pada peringkat awal.”

Penghantaran 35kg kokain itu dibuat dari Mexico ke Auckland di mana ia dikesan dalam arca kepala kuda bertatah intan dalam Mei.

Susulan enam minggu penyiasatan, seorang warga Mexico dan Amerika ditahan di Auckland pada hujung minggu ketika mereka bersiap sedia berlepas ke Hawaii dan seorang lagi warga Mexico ditahan di Christchurch. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA