Polis, pelajar bertempur

Polis, pelajar bertempur

PRETORIA, 23 Oktober (AFP) – Polis Afrika Selatan melepaskan bom asap kepada pelajar yang membantah kenaikan yuran dan beberapa penunjuk perasaan yang sedang menuju ke ibu pejabat kerajaan di Pretoria.

Penunjuk perasaan merobohkan bahagian pagar keselamatan, membakar tandas bergerak dan melemparkan batu bata kepada garis kawalan Polis dalam kejadian huru-hara itu.

Kampus di seluruh negara telah ditutup sepanjang minggu lepas berikutan bantahan tersebut. Isu yuran pendidikan telah mencetuskan kebimbangan secara meluas dan peluang bagi anak-anak muda semakin kurang, lebih-lebih lagi dengan isu kegawatan ekonomi dan pengangguran yang tinggi.

“Peningkatkan cadangan yuran universiti telah menimbulkan kemarahan pelajar, memandangkan masalah kewangan yang dihadapi oleh pelajar yang terdiri daripada keluarga yang miskin,” Pejabat Zuma berkata dalam satu kenyataan.

Penunjuk perasaan melaungkan slogan mereka semasa bantahan di luar bangunan Kesatuan Pretoria hari ini. Polis Afrika Selatan melepaskan bom asap dan menggunakan meriam air untuk memadamkan kebakaran yang dicetuskan pembantah. - Reuters
Penunjuk perasaan melaungkan slogan mereka semasa bantahan di luar bangunan Kesatuan Pretoria hari ini. Polis Afrika Selatan melepaskan bom asap dan menggunakan meriam air untuk memadamkan kebakaran yang dicetuskan pembantah. – Reuters