Polis, penunjuk perasaan bertempur di saluran paip Dakota Access

Polis, penunjuk perasaan bertempur di saluran paip Dakota Access

CANNON BALL, 21 Nov – Kekacauan berlaku pada saluran paip Dakota Access apabila penunjuk perasaan cuba untuk menyekat sepanjang laluan jambatan di lebuh raya negeri itu.

Pertempuran semalam itu bermula sekitar 6 petang selepas penunjuk perasaan mengalihkan trak yang dibakar keluar dari Jambatan Backwater, tidak jauh dari perkhemahan mereka yang telah berada disitu beberapa minggu. Pegawai Undang-undang dari Jabatan Morton County menganggarkan seramai 400 penunjuk perasaan cuba untuk menyeberangi jambatan di lebuh raya negeri itu, Highway 1806.

Seorang penunjuk perasaan telah ditangkap. Gimnasium di Cannon Ball telah dibuka untuk membantu penunjuk perasaan yang kesejukkan atau terkena dengan gas pemedih mata.

Saluran paip empat negeri itu dibantah pemibinaanya kerana kebocoran boleh mencemarkan air minuman mereka dan boleh mengancam nyawa. – AP

Gambar yang disediakan oleh Jabatan Morton County Sheriff menunjukkan penguatkuasaan undang-undang dan penunjuk perasaan bertembung berhampiran lokasi saluran paip Dakota Access kelmarin di Cannon Ball. – AP

ARTIKEL YANG SAMA