Polis Perancis berkas suspek pengganas

Polis Perancis berkas suspek pengganas

PARIS, 9 Sept – Polis Perancis sedang menyiasat sebuah kereta yang di dalamnya berisi enam gas silinder di Paris dan memberkas tiga tersangka wanita yang dikatakan merancang serangan baru, dengan menembak salah seorang dari mereka semasa proses penangkapan itu.

Seorang pegawai polis juga mengalami kecederaan akibat tikaman pisau ketika penangkapan tiga wanita itu lewat semalam, yang berusia 39, 23 dan 19 yang bersiap sedia bagi ‘keganasan baru’ yang akan dilaksanakan,” menurut Menteri Dalam Negeri Bernard Cazeneuve.

Wanita yang ditembak, iaitu anak perempuan kepada pemilik kereta itu, mengakui kesetiaan kepada kumpulan Negara Islam (IS), menurut sumber rapat dengan penyiasatan itu.

Seorang suspek wanita (depan) ditangkap dan dibawa keluar dari sebuah bangunan di Boussy-Saint-Antoine, selatan Paris kelmarin yang dikatakan telah merancang siri baru keganasan. – AFP
Seorang suspek wanita (depan) ditangkap dan dibawa keluar dari sebuah bangunan di Boussy-Saint-Antoine, selatan Paris kelmarin yang dikatakan telah merancang siri baru keganasan. – AFP

Seorang penduduk tempatan yang melihat wanita itu sejurus sebelum penangkapan mereka di Boussy-Saint-Antoine, selatan Paris berkata mereka “nampak gelisah, melihat sekeliling mereka sepanjang masa”.

Apabila didatangi, “seorang wanita muda itu mengeluarkan pisau dan menikam seorang pegawai polis di bahagian perut,” Joachim Fortes Sanchez, 21 tahun memberitahu AFP. “Semuanya berlaku begitu pantas.”

Empat orang – dua orang adik-beradik lelaki dan teman wanita mereka – telah pun ditahan berhubung kereta itu, yang ditemui beberapa ratus meter jauhnya dari gereja besar Notre Dame di tengah Paris, kawasan yang sentiasa ramai dengan pelancong. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA