Polis Perancis, penunjuk perasaan bertempur

Polis Perancis, penunjuk perasaan bertempur

PARIS, 30 Nov (Reuters) – Polis Perancis menembak gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan di Place de la Republique di tengah Paris berhampiran kawasan di mana kumpulan aktivis alam sekitar berhimpun.

Kira-kira 200 penunjuk perasaan bertempur dengan polis di jalan raya menuju ke dataran itu yang menjadi tempat penduduk Paris berhimpun selepas serangan pada 13 November yang meragut 130 nyawa.

Polis menembak gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan ketika mereka cuba memasuki dataran itu dan menyuraikan mereka yang lain.

Penunjuk perasaan terbabit membawa sepanduk bagi menggesa perlindungan terhadap iklim dan demokrasi.

Pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan di Place de la Republique di tengah Paris. – Reuters
Pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan di Place de la Republique di tengah Paris. – Reuters

Perarakan yang dirancang di Paris menjelang Sidang Kemuncak Perubahan Iklim yang akan berlangsung di Le Bourget itu diharamkan oleh polis mengikut peraturan darurat selepas serangan 13 November.

Menggunakan peraturan darurat itu, polis meletakkan 24 aktivis alam sekitar di bawah tahanan di rumah menjelang sidang kemuncak itu kerana mereka disyaki cuba melakukan bantahan ganas.