Polis Peranci...

Polis Perancis tahan bekas Perdana Menteri Kosovo

PRISTINA, 5 Jan – Polis Perancis menahan bekas Perdana Menteri Kosovo berdasarkan waran tangkap yang dikeluarkan Serbia, kata Kementerian Luar Kosovo, semalam.

Ramush Haradinaj, yang juga bekas pejuang gerila, ditahan ketika mengunjungi Perancis dari ibu negara Kosovo, Pristina.

Kerajaan Kosovo dalam kenyataan berkata, ia cuba menyelesaikan masalah itu.

Katanya, ia menganggap dakwaan Serbia itu sebagai menyalahi undang-undang, tidak adil dan boleh mencetuskan perbalahan.

Presiden Kosovo, Hashim Thaci, juga bekas pemimpin gerila dan juga rakan baik Haradinaj, menyifatkan penahanan itu sebagai tidak boleh diterima.

Gambar fail pada 22 April 2008 menunjukkan Ramush Haradinaj memberi gerak isyarat semasa temu bual dengan The Associated Press di ibu negara Kosovo Pristina. Polis Perancis menahan bekas Perdana Menteri Kosovo berdasarkan waran tangkap yang dikeluarkan Serbia, kata Kementerian Luar Kosovo, semalam. – AP

“Kami, anggota Tentera Pembebasan Kosovo, bangga kerana berjuang menentang diskriminasi dan undang-undang jenayah rejim Slobodan Milosevic,” kata di Facebook.

Haradinaj dibebaskan daripada sebarang dakwaan jenayah perang dalam dua perbicaraan dikendalikan tribunal jenayah perang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Namun Serbia menuduh beliau melakukan jenayah perang, termasuk penculikan, penderaan dan pembunuhan penduduk awam Serb ketika menjadi komander kanan pembangkang di barat Kosovo ketika perang pada 1998 hingga 1999 itu. – AP

ARTIKEL YANG SAMA