Polis, PK ronda cegah jenayah

Polis, PK ronda cegah jenayah

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Polis Daerah Temburong melalui Unit Pengawasan Kejiranan (PK) telah mengadakan rondaan pencegahan jenayah, kelmarin.

Rondaan yang diketuai oleh Penolong Pegawai Penguasa Balai Polis Bangar, Inspektor Reynold @ Daniell Chin bersama ahli PK Kampung Labu Estate, dan Kampung Senukoh itu dijalankan bermula jam 9:30 malam.

Turut menyertai rondaan ialah Pemangku Penghulu Mukim Labu selaku Pengerusi PK Senukoh, Awang Yusof bin Haji Maidin dan Pengerusi PK Kampung Labu Estate dan Pemangku Ketua Kampung Piasau-Piasau, Haji Sulaiman bin Haji Nasir.

Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Temburong bergambar ramai bersama ahli PK Kampung Labu Estate dan ahli PK Kampung Senukoh.
Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Temburong bergambar ramai bersama ahli PK Kampung Labu Estate dan ahli PK Kampung Senukoh.

Rondaan berjalan kaki dan berkenderaan di sekitar kawasan Mukim Labu itu mensasarkan kawasan Kampung Labu Estate, kawasan Kampung Senukoh, Kawasan Pos Kawalan Labu Temburong, kawasan Kampung Piasau-Piasau, Taman Rekreasi Bukit Patoi, kawasan projek pembinaan jambatan baru, dan Ladang Sawah Padi Perdayan.

Dalam rondaan yang berakhir pada tengah malam itu, tiada kegiatan yang mencurigakan didapati.

ARTIKEL YANG SAMA