Polis Poland temui 178kg dadah dalam kargo pisang

Polis Poland temui 178kg dadah dalam kargo pisang

WARSAW, 21 Dis (dpa) – Para penyiasat Poland telah menemui 178 kilogram kokain dalam sebuah konsainan pisang dari Amerika Latin.

Dadah dari Colombia itu bernilai kira-kira 25 juta euro (AS$27 juta) dalam pasaran gelap, menurut jurucakap polis kepada agensi berita PAP hari ini.

Penghantaran menggunakan kapal laut itu mendarat di pelabuhan Belgium dan dibawa ke Poland menggunakan trak. Pemandu trak berusia 40 tahun itu telah ditangkap.

Ia tidak jelas jika dadah berkenaan untuk dijual bagi pasaran Poland atau untuk diseludup ke negara lain.

Ia adalah tangkapan terbesar pernah berlaku di Poland. Kartel dadah sering menggunakan kargo makanan dalam kapal-kapal untuk menyeludup kuantiti besar dadah dari Amerika Selatan dan Tengah ke Eropah.

Pada Ogos, polis Belanda merampas hampir 300 kg kokain dengan nilai pasaran dianggarkan 10 juta euro di bandar pelabuhan Vlissingen dan Rotterdam.

Dadah-dadah berkenaan ditemui dalam pengiriman buah pisang di Vlissinggen dan dalam kargo tin ikan tuna di Rotterdam.