Polis rampas dadah MDMA di Sydney, berkas 2 warga China

Polis rampas dadah MDMA di Sydney, berkas 2 warga China

SYDNEY, 22 Nov – Satu operasi polis Australia telah merampas lebih 500 kilogram (1,100 paun) dadah parti MDMA di Sydney yang bernilai A$60 juta (AS$44 juta) dan menangkap dua warga China, kata para pegawai hari ini.

Lelaki itu yang berusia 38 dan 34 tahun, muncul di mahkamah Sydney kelmarin atas tuduhan mengimport dadah, menurut kenyataan polis. Mereka tidak diberikan ikat jamin dan berdepan hukuman penjara seumur hidup jika sabit bersalah.

Dadah itu tiba di Sydney bulan lepas dalam satu penghantaran penggulung aluminium. Para pegawai Pasukan Sempadan Australia memeriksa konsainan itu dan mengesan bahan hablur yang dibungkus dalam penggulung berkenaan.

Polis yang mengawal penghantaran penggulung berkenaan ke gedung Sydney minggu lalu telah menangkap seorang lelaki pada Ahad. – AP

ARTIKEL YANG SAMA