Polis Sabah masih runding pembebasan dua mangsa culik

Polis Sabah masih runding pembebasan dua mangsa culik

KOTA KINABALU, 5 Ogos (Bernama) – Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihaknya masih berunding dengan kumpulan penculik bagipembebasan tanpa bayaran dua rakyat negara ini yang diculik kumpulan itu pada 14 Mei lalu di Restoran Ocean King, Jalan Batu Sapi, Sandakan.

“Kita masih berbincang secara baik dan terperinci. Keluarga mangsa tidak berkemampuan untuk membayar sejumlah wang yang diminta kumpulan penculik ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis sambutan Hari Raya AidilfitriPolis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, di sini hari ini.

Jalaluddin berkata, kumpulan penculik itu pada awalnya telah meminta wang tebusan RM60 juta sebagai pertukaran kedua-dua mangsa culik namun selepasbeberapa kali rundingan dijalankanjumlah sebenar wang tebusan itu dapat dikurangkan sehingga lebih 50 peratus.

“Bagi saya ini tidak adil dan kumpulan penculik ini perlu ada sifat peri kemanusiaan.

Pihak kita juga tidak sewenang-wenangnyamembenarkan perkara sedemikian berlaku,” katanya lagi.

Beliau berkata, kedua-dua tebusan yang diculik kumpulan penceroboh itu berada dalam keadaan selamat dan berdasarkan panggilan telefon kepada keluarga, mangsa dipercayai berada di pedalaman selatan Filipina, bersempadan dengan Sabah.