Polis Sabah rampas 6.6kg dadah, berkas 5 suspek

Polis Sabah rampas 6.6kg dadah, berkas 5 suspek

KOTA KINABALU, 14 April (Bernama) – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Polis Kontinjen Sabah menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di negeri ini berikutan penahanan lima suspek termasuk seorang wanita dan merampas 6.6 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM522,000.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Awang Sahari EM Nadzeer berkata suspek pertama diberkas di Terminal Bas Inanam, kira-kira pukul 6 petang, pada 12 April dan merampas 6.2kg syabu daripadanya di terminal berkenaan.

Awang Sahari berkata syabu berkenaan dijumpai dalam lapan bungkusan plastik berwana kuning yang dibalut dengan surat khabar dan disimpan dalam sebuah kotak berpita pelekat.

“Soal siasat yang dijalankan ke atas suspek (wanita) telah membolehkan JSJN Sabah menangkap dua orang suspek (lelaki) di Kota Kinabalu dan dua lagi suspek di Sandakan yang disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.